Archive for the ‘B.Malaysia’ Category:

Oh Tong Keong Perlu Pohon Maaf kepada Warga Emas

Written on March 9th, 2010 by alexno shouts

DAP mendesak Ketua Pemuda Gerakan Negeri Pulau Pinang Oh Tong Keong supaya memohon maaf kepada semua warga emas di Negeri Pulau Pinang kerana gesaan beliau supaya SPRM menyiasat Program Penghargaan Warga Emas yang didakwa berunsurkan rasuah juga membawa maksud bahawa semua warga emas berdaftar sudi menerima rasuah daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Masa Operasi Pusat Khidmat KADUN KOMTAR Dilanjutkan bagi Kempen Pendaftaran Warga Emas

Written on March 5th, 2010 by alexno shouts

Masa Operasi bagi Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan KOMTAR akan dilanjutkan untuk mendaftarkan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas yang belum berdaftar di bawah Program Penghargaan Warga Emas yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pusat khidmat KADUN KOMTAR akan dibuka pada 6 dan 7 Mac 2010, iaitu Sabtu dan Ahad dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang bagi mendaftarkan mereka yang belum berdaftar di bawah program tersebut.

18% Melayu yang diperuntukan tapak perniagaan MPPP, jangan menyalahkan Pakatan Rakyat

Written on February 12th, 2010 by alexno shouts

Yang DiPertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP) Rizal Faris Mohideen Abdul Kadir telah menggunakan statistik hanya 18% Melayu diperuntukan kepada orang Melayu untuk menuduh kerajaan Pakatan Rakyat meninggirkan orang Melayu di Pulau Pinang.

庚寅年新春大团拜相片集 · 2010 CNY Open House Photo Album

Written on February 11th, 2010 by alexno shouts

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Menolak Dasar Perkauman Dalam Isu Tindakan Penguatkuasaan

Written on February 3rd, 2010 by alexno shouts

Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Pulau Pinang dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Islam telah membuat kenyataan bahawa Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah menjadikan orang Melayu sebagai sasaran penguatkuasaan dan ditindas khususnya merobohkan gerai yang melibatkan orang Melayu.

Pihak Kerajaan Negeri memandang serius dakwaan ini dan telah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Pejabat Daerah Timur Laut dan Pejabat Daerah Barat Daya untuk menyemak statistik supaya memastikan apakah dasar perkauman diamalkan dalam tindakan penguatkuasaan.

Ketua Pengarah Penyiaran Harus Dipecat!

Written on January 4th, 2010 by alexno shouts

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim seharusnya memecat Datuk Ibrahim Yahaya dari jawatannya sebagai Ketua Pengarah Penyiaran dan bukan menyalahgunakan jentera kerajaan untuk melindungi Ibrahim Yahaya daripada berhadapan dengan tindakan undang-undang terhadap sebuah artikel bertajuk “Ada Orang Nak Penjarakan Saya” yang disiarkan dalam blognya iaitu “DuniaTiger” [http://duniatiger.blogspot.com/].

Pemeriksaan Percuma pada Hari Diabetis Sedunia 世界糖尿病日·免費檢驗

Written on October 23rd, 2009 by alexno shouts

World Diabetes Day – Free Check-up Venue: YB. Chow Kon Yeow’s service center, Kedah Road Complex Date: 1/11/2009 (Sunday) Time: 9am – 12pm Organisers: Pusat Khidmat Chow Kon Yeow, Diabetic [...]

Ng Wei Aik: Keretapi Bukit Bendera tidak mengalami kerosakan kali kedua

Written on September 23rd, 2009 by alexno shouts

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada 23 September 2009 (Rabu) di Georgetown, Pulau Pinang:

Saya ingin menegaskan bahawa Keretapi Bukit Bendera (KBB) tidak mengalami kerosakan kali kedua, seperti yang dilaporkan oleh sesetengah media.

KBB hanya mengalami kerosakan pada 21 September 2009 (Isnin) dari jam 6.45 petang sehingga 10.15 malam dan tiada kerosakan berlaku pada keesokan harinya, sehingga perkhidmatannya terpaksa tergendala buat kali kedua.

Pada 21 September 2009 jam 6.45 petang, perkhidmatan KBB tergendala akibat dua suis yang mengawal kelajuan dan “censor” keretapi di stesen atas Bukit Bendera mengalami kerosakan. Pihak KBB telah memanggil kontraktornya untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan dengan serta-merta.

Ng Wei Aik: JANGAN TENG HOCK NAN BERSANDIWARA LAGI!

Written on September 21st, 2009 by alexno shouts

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi KOMTAR pada 21 September 2009 (Isnin) di Georgetown, Pulau Pinang:

Dr. Teng Hock Nan, Pengerusi Gerakan Negeri Pulau Pinang cuba melepaskan tanggungjawabnya dengan membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas masalah kontraktor yang tidak berupaya menangani longgakan sampah sarap di stesen pemindahan sisa pepejal di Batu Maung ekoran daripada masalah sistem yang dihadapi oleh tapak pelupusan sampah di Pulau Burung.

Pada hakikatnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak dapat melantik kontraktor-kontraktor yang baru untuk menggantikan mana-mana kontraktor yang kurang cekap dalam mengendalikan operasi mereka atas sebab Kerajaan Persekutuan melalui Parlimen telah meluluskan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam pada tahun 2007 dengan sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Gerakan pada masa tersebut.

Jamuan DAP Komtar 《星光闪烁 绽放光彩》千人宴

Written on September 18th, 2009 by alexno shouts

Tarikh / 日期: Oct 9, 2009 / 二零零九年十月九日 Masa / 时间: 7.30 malam / 晚上七时三十分 Tempat 地点: Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang / 槟州华人大会堂 Penganjur / 主办单位: Cawangan DAP Kampong [...]

Ng Wei Aik: Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak anti-Melayu/Islam

Written on August 22nd, 2009 by alexno shouts

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda DAP Negeri Pulau Pinang pada 22 Ogos 2009 di Georgetown, Pulau Pinang: Pemuda DAP Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan sokongan penuh [...]

Ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan Kawasan Parlimen Tanjong 2009

Written on August 16th, 2009 by alexno shouts

Berikut adalah keputusan pemilihan pemegang-pemegang Jawatankuasa bagi JPKP Tanjong. Taniah kepada saudara / saudari yang dipilih!

Full Story » Filed under B.Malaysia, Kenyataan Tags:

Ng Wei Aik: Bahawa Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengambil langkah-langkah segera meminda seksyen 10 dan seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang berkaitan supaya Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dapat dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum yang akan datang

Written on August 13th, 2009 by alexno shouts

Ucapan Perbahasan Y.B. Ng Wei Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan KOMTAR ke atas Usul Kerajaan Negeri Pulau Pinang: Dato’ Speaker, Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas [...]

Ng Wei Aik: Tiada Penambaikan Perkhidmatan, Tiada Kenaikan Tambang

Written on August 3rd, 2009 by alexno shouts

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi KOMTAR pada 3hb Ogos 2009 (Isnin) di Georgetown, Pulau Pinang:Saya berasa amat kesal dengan sikap Ketua Pegawai Eksekutif [...]

DAP Pulau Pinang Memperkenalkan Tinjauan Kedua terhadap Isu Kampung Buah Pala

Written on July 24th, 2009 by alexno shouts

Kenyataan Akhbar Ng Wei Aik Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang pada 24hb Julai 2009 di Georgetown Pulau Pinang. Dengan pengenalan tinjauan dalam talian minggu lepas untuk menerima pandangan pada isu [...]

Switch to our mobile site