Kenyataan Media oleh Chow Kon Yeow, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Kerjaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas)
Yang DiPertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP) Rizal Faris Mohideen Abdul Kadir telah menggunakan statistik hanya 18% Melayu diperuntukan kepada orang Melayu untuk menuduh kerajaan Pakatan Rakyat meninggirkan orang Melayu di Pulau Pinang.
Tetapi Rizal sengaja tidak mahu menerangkan bahawa 18% ini adalah angka yang terkumpul sejak adanya MPPP dan zaman pemerintahan Barisan Nasional.
Kalau pada 31.12.2009, Cuma 18% tempat perniagaan terdiri dari orang Melayu ini adalah hasil daripada dasar peruntukan yang diambil sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional.
Rizal Cuma memberi gambaran palsu bahawa tiba-tiba orang Melayu hanya dapat 18% di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
Dasar Pakatan Rakyat adalah supaya PBT memainkan peranan menggalakkan kegiatan ekonomi.
Dalam dua tahun Pakatan Rakyat memerintah, MPPP telah mengeluarkan tawaran sebanyak 1035 tapak perniagaan, iaitu 575 pada tahun 2008 dan 460 pada tahun 2009.
Ini berbanding dengan 406 bagi dua tahun sebelum ini, iaitu 145 (2006) dan 261 (2007).
Jelasnya Pakatan Rakyat telah memberi lebih banyak peluang untuk perniagaan kecil dalam tempat yang dikendalikan oleh MPPP.
LAPORAN RINGKAS SESI TEMUDUGA YANG TELAH DILAKSANAKAN BAGI TAHUN 2008 DAN 2009
| Jumlah Berjaya Ditawarkan | ||||
|---|---|---|---|---|
| Tahun | Melayu | Cina | India | Jumlah |
| 2008 | 248 (43.1%) | 275 (47.8%) | 52 (9%) | 575 |
| 2009 | 201 (43.7%) | 221 (48%) | 38 (8.3%) | 460 |
Angka-angka ini sekali lagi membuktikan MPPP tidak mengamalkan dasar perkauman. Sekali lagi tuduhan Rizal Faris Mohideen Abdul Kadir adalah tidak benar dan berniat jahat untuk menjejaskan imej Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
KENYATAAN AKHBAR MPPP PADA 12.2.2010
Satu kenyataan akhbar telah diadakan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 3.2.2010 di mana satu statistik yang lengkap telah dibuat dan perincian statistik juga telah diedarkan kepada semua pemberita yang hadir.
Statistik yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Timur Laut dan Barat Daya pada 3.2.2010 ialah:-
- Tindakan penguatkuasaan dari tahun 2008 hingga tahun 2010 mengikut pecahan kaum melayu, cina, india dan lain-lain.
Statistik yang telah dikeluarkan oleh MPPP pada 3.2.2010 mengikut pecahan kaum melayu, cina dan india ialah bagi:-
- Penjaja Tanpa Lesen/Rampasan Barang-barang bagi tahun 2006 hingga 2009.
- Tunggakan sewa premis / Perumahan Rakyat bagi tahun 2009.
- Halangan di tempat awam dari tahun 2006 hingga 2009.
- Kacauganggu lembu di Tempat Awam dari tahun 2006 hingga 2009.
- Tindakan perobohan, pengeluaran notis dan tindakan penguatkuasaan penjaja tanpa lesen dari tahun 2008 hinga 2009.
- Bilangan kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/ Bumiputera dan Bukan Bumiputera bagi tahun 2008 dan 2009.
Kenyataan di atas adalah untuk menyangkal kenyataan akhbar Berita Harian pada 11.2.2010 di bawah tajuk ‘DPMPP dakwa pentadbiran Guan Eng tindas Melayu” dan “GPMS Rancang Anjur ‘Bangkit’ di Pulau Pinang “ yang menuntut Kerajaan Negeri khususnya Ketua Menteri yang tidak memberi gambaran yang sebenar terhadap tindakan diambil ke atas peniaga dan seolah-olah mahu menyembunyi sesuatu.
Statistik yang dituntut melalui kain rentang tidak timbul kerana statistik yang lebih lengkap telah dibuat melalui siaran akhbar pada 3.2.2010 dan juga telah dipamirkan dan boleh diperolehi oleh mana-mana pihak melalui laman web MPPP.
Statistik yang dikeluarkan melalui media pada 3.2.2010 jelas menunjukkan tidak ada apa yang hendak disembunyikan tetapi dukacita statistik yang dikeluarkan kepada media pada 3.2.2010 tidak disiarkan oleh akhbar kecuali Berita harian pada 5.2.2010 ada mengeluarkan siaran akhbar ‘Roboh Gerai Bukan Kerana Perkauman’ yang di antara lain menyatakan :
“Sepanjang 2008, PDT Timur Laut merobohkan tiga gerai milik peniaga Melayu, Cina (dua) dan India (satu). Pada tahun lalu, gerai yang dirobohkan ialah masing-masing empat, tiga dan dua”
“Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pula merampas barang peniaga melayu yang beroperasi tanpa lesen sebanyak 152 pada tahun lalu, Cina (84) dan India (17)”
12.2.2010

Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 
http://greenstate.penang.gov.my