Kenyataan Media
Oleh Chow Kon Yeow, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan
Dan Pengurusan Lalu Lintas Negeri Pulau Pinang
Pada Rabu, 3 Februari 2010 Di Komtar, Pulau Pinang

KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT MENOLAK DASAR PERKAUMAN
DALAM ISU TINDAKAN PENGUATKUASAAN

Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Pulau Pinang dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Islam telah membuat kenyataan bahawa Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah menjadikan orang Melayu sebagai sasaran penguatkuasaan dan ditindas khususnya merobohkan gerai yang melibatkan orang Melayu.

Pihak Kerajaan Negeri memandang serius dakwaan ini dan telah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Pejabat Daerah Timur Laut dan Pejabat Daerah Barat Daya untuk menyemak statistik supaya memastikan apakah dasar perkauman diamalkan dalam tindakan penguatkuasaan.

(I) PEJABAT DAERAH DAN TANAH TIMUR LAUT

Tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan sepanjang Tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti berikut:

TahunMelayuCinaIndiaTidak Diketahui
20083212
20094324
20102000

Kes kes ini diambil tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 yang berhubung dengan pencerobohan tanah seperti rizab pantai, rizab parit dan rizab jalan.

Bagi Tahun 2008, tiga kes yang melibatkan orang Melayu adalah gerai dan struktur haram di atas simpanan jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong. Mereka sudahpun diperuntukkan gerai di Medan Selera berdekatan tetapi enggan memindah. Akhirnya operasi ditangguhkan.

Bagi Tahun 2009, dua kes orang Melayu yang terlibat adalah pembinaan struktur tanpa permit di Batu Ferringhi, satu di atas tanah Kerajaan Bandar Jelutong dan satu di George Town.

Bagi Tahun 2010, kes pertama adalah rumah atas pokok Do Re Mi. Pengusaha ditawarkan gerai alternatif oleh Pejabat Daerah di Bayu Senja, Batu Ferringhi tetapi enggan menerimanya.

Satu kes lagi adalah gerai dan struktur haram 3N Ikan Bakar di atas tanah Kerajaan. Pengusaha telah ditempatkan di Medan Selera, Gelugor sebelum tindakan perobohan dimulakan.

(II) PEJABAT DAERAH DAN TANAH BARAT DAYA

TahunMelayuCinaIndiaTidak Diketahui
20071000
20080000
20090520

Dalam dua tahun ini, tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap orang Melayu. Lima kes yang melibatkan orang Cina adalah berhubung dengan pembinaan bangsal dan kontena di mana pemilik bangunan telah merobohkan sendiri binaan selepas menerima notis.

(III) MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

MPPP telah mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan beberapa Akta dan Undang Undang Kecil.

(a) Penjaja Tanpa Lesen (Bahagian Pelesenan) Rampasan Barang

TahunMelayuCinaIndia
2006845816
2007653511
200813211017
20091528417

Tindakan yang diambil melibatkan rampasan barang barang jualan sahaja dan tidak melibatkan perobohan gerai.

(b) Tunggakan Sewa Premis/Perumahan Rakyat

TahunMelayuCinaIndia
20092332

(c) Halangan Di Tempat Awam (Bahagian Penguatkuasaan)

TahunMelayuCinaIndia
20061064616
20071065121
2008501312
2009382115

Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan tindakan mengalihkan kerusi, meja dan lain lain barang yang di tempat awam seperti tepi jalan, ruang awam, kaki lima dan lain lain.

Statistik menunjukkan bilangan kes yang melibatkan orang Melayu adalah lebih tinggi pada zaman pemerintahan Barisan Nasional.

(d) Kacau Ganggu – Lembu Berkeliaran Di Tempat Awam

TahunMelayuCinaIndia
20063126
20073113
20084014
2009608

(e) Jabatan Bangunan Di Bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan, 1974

TahunMelayuCinaIndia
20081161
20099405

(f) Notis Keluar – Kegagalan Membayar Tunggakan Sewa/Premis MPPP

TahunMelayuCinaIndia
200821910346
2009785226

(g) Tindakan Penguatkuasaan (PTK) Penjaja Tanpa Lesen Mengikut Pecahan Kaum (MPPP)

TahunMelayuCinaIndiaJumlah
20087851,0821962,063
20098151,7272472,789

Dakwaan PBT tidak memberi peluang menjaja tidak sama sekali, setakat ini MPPP telah mengeluarkan lesen untuk semua kaum mengikut permohonan.

Jenis LesenTahun 2008
MelayuCinaIndiaJumlah
Pasar3691,7241182,211
Kompleks627741781,446
TPS4221,8261042,352
Jenis LesenTahun 2009
MelayuCinaIndiaJumlah
Pasar3911,6601192,170
Kompleks464538621,046
TPS4491,8431052,397

Di samping itu, MPPP juga mengeluarkan notis-notis kepada premis yang tidak mematuhi mana mana Undang Undang dan Undang Undang Kecil.

Tahun 2008Tahun 2009
Establishment Makanan1,6611,325
Tred Perniagaan/Industri488566

* Kebanyakan Pengusahaan memohon atas nama syarikat.
Rumusan

(1) Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengeluarkan dasar untuk mensasarkan mana mana kaum dalam tindakan penguatkuasaan.

(2) Statistik menunjukkan tindakan penguatkuasaan diambil atas pertimbangan tidak pematuhan Undang Undang dan Undang Undang Kecil dan BUKAN atas pertimbangan kaum.

(3) Tidak ada kaum yang menikmati immuniti daripada tindakan penguatkuasaan. Isu sebenar adalah tidak pematuhan bukan perkauman (non compliance). Di seluruh Negeri Pulau Pinang, ada banyak kes tidak pematuhan yang masih belum ditangani.

(4) Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang bahawa Melayu dipinggirkan tidak benar.

Bilangan kontraktor Bumiputera/Bukan Bumiputera bagi Tahun 2008 dan 2009 adalah seperti berikut:

Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja Bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera Bagi Tahun 2008

Bil.KontraktorSebut HargaTender
BumiputraBukan BumiputraBumiputraBukan Bumiputra
1.Bekalan295--
2.Perkhidmatan2626-1
3.Kerja2341-
Jumlah78
(69.03%)
35
(30.97%)
1
(50%)
1
(50%)

Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja Bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera Bagi Tahun 2009

Bil.KontraktorSebut HargaTender
BumiputeraBukan BumiputeraBumiputeraBukan Bumiputera
1.Bekalan33584
2.Perkhidmatan29234-
3.Kerja271232
Jumlah89
(82.4%)
19
(17.6%)
45
(88.23%)
6
(11.76%)