Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) pada 13 Ogos 2009 di Georgetown, Pulau Pinang:

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) berasa amat kesal dengan siasatan polis ke atas Y.B. Anthony Loke, Ketua DAPSY dan Y.B. Jeff Ooi, Ahli Parlimen bagi Jelutong atas dakwaan bahawa mereka memburukkan Kesultanan Perak dan menghina Islam.

DAPSY ingin menegas bahawa siasatan polis ke atas kedua-dua wakil rakyat adalah bermotifkan politik, di mana mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbau hasutan atau menghina Islam.

Kenyataan yang terkandung dalam blog bukanlah tulisan Y.B. Anthony Loke dan beliau pernah membuat repot polis terhadap kenyataan palsu yang menggunapakai nama beliau tanpa pengetahuan beliau supaya tindakan dapat diambil terhadap penulis sebenarnya.

Pihak polis sepatutnya menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap penulis blog yang menggunakan nama Y.B. Anthony Loke untuk menyiarkan artikel tersebut dan bukannya terhadap wakil rakyat sendiri.

Jikalau tindakan tidak ambil terhadap dalang di sebalik artikel tersebut namun diambil terhadap Y.B. Anthony Loke, sikap sebegini akan menjejaskan profesionalisme serta keyakinan rakyat terhadap pasukan polis.

Manakala bagi Y.B. Jeff Ooi, pertelingkahan beliau dengan Mohd Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang adalah merupakan “perkara peribadi” di antara mereka dan beliau tidak berniat langsung untuk memburukkan nama Islam.

Pada masa yang sama, DAPSY juga menggesa pihak polis supaya mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia yang sering menyiarkan rencana-rencana yang berbau perkauman serta menyakitkan hati rakyat jelata, termasuk melancarkan serangan peribadi terhadap Y.B. Anthony Loke dan Y.B. Jeff Ooi.

NG WEI AIK

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Facebook
  • Live
  • del.icio.us
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Technorati
  • Furl
  • MySpace
  • Reddit
  • MyShare
  • Netvibes
  • NewsVine
  • Yahoo! Bookmarks

Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts

  1. 4人反內安令集會被捕‧檳州不關閉言論廣場 -
  2. 'Hold open debate on ISA' -
  3. “不要内安令”3度遭破坏 并以粗话问候首长 -
  4. 槟言论广场办反内安令集会 州政府宣传板第三度被破坏 -
  5. Ng Wei Aik: DAPSY kesal dengan siasatan polis ke atas Y.B. Anthony Loke dan Y.B. Jeff Ooi (This post) -
  6. 黄伟益:内政部长应坦然面对人民要废除内安法令的意愿! -
  7. 黄伟益:民青团表里不一反对内安法令 -