Kenyataan Akhbar Ng Wei Aik Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang pada 24hb Julai 2009 di Georgetown Pulau Pinang.
Dengan pengenalan tinjauan dalam talian minggu lepas untuk menerima pandangan pada isu Kampung Buah Pala, DAP Pulau Pinang telah memperkenalkan satu pengundian kedua, untuk membenarkan orang ramai terutama orang Pulau Pinang memberi pendirian mereka kepada Kampung Buah Pala.
Soalan pada minggu ini adalah seperti berikut:
| Adakah anda bersetuju bahawa Kerajaan Persekutuan patut bercampur tangan bagi membantu penduduk-penduduk Kampung Buah Pala memandangkan keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepada pemaju? |
Para Pelawat laman DAP Pulau Pinang dapat memberi pandangan mereka melalui laman web DAP Pulau Pinang: http://dappg.org.
Dengan tinjauan laman web DAP Pulau Pinang adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada awam, untuk memahami situasi dan soalan Kampung Buah Pala yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ia juga bertujuan untuk menerima pandangan orang awam, serta menyediakan peluang untuk menjemput orang awam menyertai proses membuat keputusan secara tidak langsung terhadap isu Kampung Buah Pala.
Walaupun soalan kedua bagi tinjauan isu Kampung Buah Pala telah dilancarkan, tetapi Pelawat laman DAP Pulau Pinang masih boleh menyertai soalan pertama yang disediakan dalam laman tersebut:
| Adakah anda bersetuju Kerajaan Negeri mengambil-balik tanah Kampung Buah Pala walaupun kosnya mencapai sehingga RM100,000,000.00 (Ringgit Malaysia Seratus Juta)? |
Terdapat 829 individu telah menyertai tinjauan pertama dalam laman DAP Pulau Pinang pada 24hb Julai 2009. Seramai 716 orang atau 88% membantah Kerajaan Negeri mengambil-balik tanah Kampung Buah Pala walaupun kosnya mencapai sehingga RM100,000,000.00, walaupun terdapat 12% peserta tinjauan telah memberi pandangan bahawa Kerajaan Negeri harus mengambil-balik tanah.
Ng Wei Aik

Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 
http://greenstate.penang.gov.my