Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Pulau Pinang pada 14 Julai 2009 (Selasa) di Georgetown, Pulau Pinang:

DAP Pulau Pinang akan melancarkan undian online terhadap isu Kampung Buah Pala setiap minggu mulai hari ini.

Inisiatif ini bertujuan untuk meninjau pendapat serta mengupas pandangan rakyat jelata terhadap isu-isu yang berkaitan dengan Kampung Buah Pala.

Pendekatan yang bercirikan demokrasi ini merupakan suatu petunjuk yang lebih wajar untuk menilai sokongan rakyat jelata terhadap cara yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menangani isu Kampung Buah Pala.

Bagi minggu ini, soalan pertama yang akan dipersoalkan adalah seperti di bawah:

Adakah anda bersetuju Kerajaan Negeri mengambil alih tanah Kg Buah Pala walaupun kosnya melebihi RM100,000,000 (RM100 juta)?

Kita menyeru rakyat jelata supaya menyertai undian online tersebut dengan melayari http://dappg.org

NG WEI AIK