Kenyataan Media
Chow Kon Yeow, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas berkata bahawa, kalau prestasi kerajaan tempatan tidak memuaskan, orang yang patut meletak jawatan adalah beliau dan bukannya Jeff Ooi.
Beliau berpandangan bahawa Jeff Ooi tidak perlu membuat perkorbanan seperti berikut kerana Jeff Ooi bukan Exco yang memegang jawatankuasa kerajaan tempatan.
“Ini tidak selaras dengan prinsip CAT yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang jikalau orang yang bukan memegang jawatankuasa kerajaan tempatan meletak jawatan disebabkan prestasi kerajaan tempatan tidak memuaskan.
Chow Kon Yeow berkata, Jeff Ooi sepatutnya tahu bahawa beliau tidak perlu meletak jawatan disebebkan “kelemahan” orang lain melainkan kenyataan beliau inginkan orang yang berkenaan meletak jawatan.
“Walau bagaimanapun, kami hanya membuat spekulasi daripada kenyataan beliau.”

Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 
http://greenstate.penang.gov.my