Kenyataan Media
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 20hb Mac 2009 telah menerima penolakan tawaran pelantikan Encik Abdul Aziz bin Ismail sebagai Ahli Majlis MPPP atas sebab-sebab masalah kesihatan.
Kekosongan jawatan ahli majlis tersebut akan diganti oleh Encik Mohamed Yusoff bin Mohamed Noor dari parti PAS. Beliau berumur 45 tahun dan merupakan seorang kontraktor.
Di samping itu, juga dimaklumkan bahawa Ketua Parti (Party Whip) DAP dalam MPPP adalah YB Yeoh Soon Hin, manakala Encik Soon Lip Chee merupakan Ketua Parti (Party Whip) DAP dalam MPSP.
Chow Kon Yeow
24-3-2009

Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 
http://greenstate.penang.gov.my