Kenyataan Media

Forum Perundingan Kerajaan Tempatan Pulau Pinang 1/2009

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan negeri akan menganjurkan Forum Perundingan Kerajaan Tempatan yang pertama bagi tahun 2009 pada 31hb Mac 2009.

Forum ini akan diadakan di Dewan Bosch, Tingkat 1, Kompleks Mesyuarat Penyayang, Jalan Utama dan akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Forum ini akan dipengerusikan oleh YB Chow Kon Yeow, Pengerusi Jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas.

Forum ini adalah satu usaha untuk mengembeling tenaga semua “stakeholders” mengambil bahagian dalam proses menambahbaikkan Kerajaan Tempatan sebagai penggerak utama pembangunan sosio-ekonomi negeri Pulau Pinang.

Chow Kon Yeow
23-3-2009