Kenyataan Media oleh Ng Wei Aik, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada 13 Januari 2009 (Selasa) di Georgetown, Pulau Pinang:

Forum Terbuka Serangan Israel ke Atas Semenanjung Gaza Palestin dan Perang Saudara di Sri Lanka

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Forum Terbuka Serangan Israel ke Atas Semenanjung Gaza Palestin dan Perang Saudara di Sri Lanka pada 14 Januari 2009 (Rabu) jam 8.00 malam bertempat di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.

Forum terbuka ini dianjurkan mengikut cara persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, di mana semua ADUN Negeri Pulau Pinang, termasuk ADUN Pembangkang akan dijemput untuk menghadiri forum tersebut.

Selain itu, pemimpin-pemimpin daripada pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) akan dijemput hadir. Wakil-wakil daripada Badan-Badan Bukan Kerajaan yang tertentu akan mengambil bahagian untuk berucap pada forum tersebut.

Ketua Menteri Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus bin Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri II Prof. Dr. P. Ramasamy dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Dato’ Haji Azhar bin Ibrahim akan turut mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut.

Pihak Kerajaan ingin menjemput semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kefahaman politik untuk hadir bersama-sama bagi memberi sokongan terhadap mangsa-mangsa peperangan di Semenanjung Gaza Palestin dan Sri Lanka dan pada masa yang sama mengecam tindakan ketenteraman yang ambil terhadap mereka.

Forum ini bertujuan untuk meluluskan dua resolusi untuk mengecam tindakan ketenteraman terhadap Semenanjung Gaza Palestin dan Sri Lanka di mana resolusi tersebut merupakan suara dan pendirian seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang.

Jikalau terdapat sebarang persoalan, sila hubungi 04-6505135 bagi mendapatkan maklumat-maklumat selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Ng Wei Aik

Versi Bahasa Cina
华文版

Be Sociable, Share!

Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts

  1. Jamuan Makan Malam DAP Komtar
  2. Cycling Through George Town Heritage Bicycle Ride and Children’s Drawing & Colouring Contest
  3. 槟城光大摩天楼竞跑赛2010 - 延长报名让各界人士参与
  4. PENANG KOMTAR TOWER RUN 2010 - Extended Dateline For Registration On Participation
  5. Photo Gallery: Free Check-Up on World Diabetes Day
  6. Latern Bicycle Night Ride 2009 Photo Gallery
  7. Pemeriksaan Percuma pada Hari Diabetis Sedunia 世界糖尿病日·免費檢驗
  8. 曹观友:迈向布城目标 民联须要人民支持
  9. 行動黨慶43週年千人宴
  10. 黄伟益:槟州政府将于10月3日举办开斋节聚餐会
  11. 10月1日辦民主行動黨43周年黨慶晚宴 以籌募曹觀友服務中心經費
  12. Jamuan DAP Komtar 《星光闪烁 绽放光彩》千人宴
  13. 曹观友吁民众支持 筹服务中心经费
  14. [易经 - 把脉乔治市]讲座会
  15. UNESCO World Heritage Site Celebration Month (George Town, Penang)
  16. Durian buffet @ Sungai Pinang, Balik Pulau, Penang
  17. 欢迎参加民主学堂:"警权VS人权"
  18. 转载:3黄1谢开讲 反应热烈座无虚席
  19. 转载:学校假期刺激消费市场 光大嘉年华29日响锣
  20. Tribute to working mothers (May 3)
  21. Inaugural lifestyle fair at square (Penang Time Square) - May 1 till 3
  22. 社青团在槟城推展全国新选民登记运动
  23. Dialog Terbuka: Beg Plastik - Memudahkan atau Memudaratkan?
  24. 古迹婚纱摄影比赛 Historical Wedding Gown Photography Competition
  25. Kenyataan Media: Forum Perundingan Kerajaan Tempatan Pulau Pinang 1/2009
  26. Forum "Women for Better Homes and Neighbourhoods" on 21 March
  27. "从女性角度出发,打造舒适居住环境" - 3月21日·槟城爱心大厦
  28. 转载:5月31日光大跑 从底层攀上61楼
  29. 欢迎人民老板齐评估丹绒一国三州议员表现!
  30. 转载:行动党丹绒选区联委会 17日办丹绒区“报告!老板”评议会
  31. 三八婦女節
  32. 提供升学辅导及上网设备让STPM考生更换大学选科
  33. 请不要误信谣言!槟州政府明晚配合民联执政一周年举办的大型座谈会照跑!
  34. 诚邀一家大小出席民联执政槟州一周年纪念大型座谈会!
  35. 民主行动党周末办两场选民登记活动
  36. 趁情人节跟您的爱人共同赴约 注册成为一生一世的幸福选民!
  37. 转载:人潮涌入中西情人节嘉年华会 光大吐气扬眉
  38. DAP Tanjong CNY Open House 民主行动党丹绒区部乙丑年新春团拜
  39. 转载:中西情人节嘉年华会 9日光大露天广场
  40. Forum Terbuka Serangan Israel ke Atas Semenanjung Gaza Palestin dan Perang Saudara di Sri Lanka (This post)
  41. 槟州政府主办谴责以色列攻打巴勒斯坦加沙地带与斯里兰卡内战的公开论坛
  42. Selamat Datang ke Majlis Sambutan Hari Krismas & Tahun Baru 2009 Anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  43. 诚邀全民参与槟州圣诞节与2009新年庆典
  44. Constituency Visit on December 29, 2008
  45. Opening ceremony of YB Chow Kon Yeow's service centre
  46. 转载:火箭重量级人马上台掀高潮 再益亮相万人宴
  47. Malam Kemenangan Rakyat Pulau Pinang (Victory Dinner)
  48. “乔治市光辉再现”古迹填色、绘画与写生比赛欲报名从速!
  49. Pertandingan Mewarna dan Melukis Warisan Georgetown
  50. 行动党筹募公益基金晚宴
  51. Padang Kota Branch's Makan-makan Suai-Kenal